Wohoo, Blues Gang Buat Comeback September Depan!

Peminat Blues Gang, siap sedia untuk menonton konsert khas kumpulan pemuzik yang popular dengan irama ‘blues dan rock’!

Selepas sekian lama menyepi, vokalis Blues Gang, Ito Mohd mengumumkan mereka bakal tampil konsert September depan.

“ Ia merupakan konsert comeback selepas lama menyepi.

“ Kali ini kami muncul berlima sahaja memandangkan salah seorang daripada anggota Blue Gang, Jim Mandasamay meninggal dunia April lalu,” katanya.

Konsert Blues Gang akan diadakan di Kuching Waterfront JAZZ Festival, pada 27-29 September 2018.

Manakala, konsert kedua bakal diadakan di Langkawi sempena Langkawi International Blues Roots ASEANA, LIBRA pada 29-31 Disember ini.

 

SGMS Faida