Hiburan By: Ad Ops July 11, 2018 @ 10:29am

Erra Fazira Bersuara Mengenai Isu Sakit Mental

Bila cakap je tentang kemurungan atau depresi, kenapa susah sangat orang lain nak percaya? Adakah ia disebabkan mentaliti sesetengah masyarakat yang menganggapnya sebagai sesuatu perkara yang kurang serius?

Persepsi negatif masyarakat tentang isu sakit mental termasuklah kemurungan perlu diubah agar individu yang berdepan dengan gejala tersebut dapat dipulihkan dengan sokongan ramai. 

Bekas ratu cantik Malaysia 1992, Erra Fazira bersuara tentang isu sakit mental dan kemurungan yang perlu ditangani dengan serius, apatah lagi dengan isu gimik kemurungan yang melanda penyanyi Haqiem Rusli baru-baru ini.

“Saya sedih makin ramai dalam kalangan netizen dan masyarakat tidak faham dengan tepat mengenai gejala sakit mental. Malah, kritikan dan hentaman menjadikan lebih rumit kepada pakar psikologi untuk menyalurkan bantuan… Senario seperti ini mengekang pesakit untuk tampil ke depan mendapatkan bantuan,” katanya kepada BH Online.

Ibu kepada Engku Aleesya ini juga dilihat telah bekerjasama dengan Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental Malaysia (MIASA) untuk membantu individu yang mengalami masalah tersebut dan membuat kempen kesedaran serta beberapa inisiatif lain.

“Saya berharap inisiatif yang akan diambil MIASA mendapat sokongan padu masyarakat. Atas keprihatinan mengenai masalah mental yang semakin kuat memberi impak kepada masyarakat, saya dan MIASA mahu memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa isu ini tidak boleh diambil mudah, dipandang remeh atau dilihat sebagai masalah individu.” Katanya

“Saya memang tak arif dalam bidang psikologi dan masalah mental. Tetapi saya ada teman dan insan rapat yang berdepan masalah ini. Sebenarnya, masyarakat boleh sama-sama menggembleng tenaga memberi sokongan moral. Namun, apa yang dilihat sekarang adalah sebaliknya hingga keadaan menjadi rumit. Seperti penyakit kanser dan berbahaya lain yang mampu meragut nyawa, masalah mental juga makin kronik jika terus dipandang ringan.” Jelas Erra Fazira

Sesiapa yang ingin mengetahui tentang MIASA dengan lebih lanjut, boleh lah layari instagram @miasa.malaysia dan instagram milik Erra sendiri.

Ditulis Oleh: Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Jul 2024
Hiburan Sun, 14 Jul 2019

Janna Nick Artis Paling Mahal?

“Saya mengamalkan win-win situation …”

Events Mon, 2 Jul 2018
Hiburan Thu, 17 May 2018

Netizen Tak Suka Kalau Syed Saddiq Ada Apa-Apa Dengan Neelofa?

Syed Saddiq Ada Apa-Apa Dengan Neelofa ke .. ???

Featured Sun, 12 Feb 2023
Hiburan Wed, 31 Jan 2024

Walau Tak Jadi Kahwin, Syafiq Kyle & Mimi Lana Kekal Profesional Jadi Kawan Baik

Bestfriend sampai bila bila! Apapun, kita doa yang baik baik ok

Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Hiburan Mon, 2 Apr 2018

Tembam Dan Bertudung Bukan Halangan Jadi Ratu Cantik England!

Walupun kurang yakin dengan bentuk fizikal berisi dan berhijab, Maria Mahmood nekad menghantar penyertaan selepas dimaklumkan pihak penganjur bahawa peringkat tersebut tiada pusingan memakai pakaian renang dan halangan saiz badan.