Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 2, 2024 @ 3:02pm

“Papa Sayang Adik, Sayang Aslam & Sayang Umisya Juga, Semua Anak-Anak…” – Norman Hakim Titip Ucapan Istimewa Pada Marissa Dania

Pelakon, Norman Hakim mengakui sudah menganggap suami dan madu anak perempuannya, Marissa Dania iaitu Aslam dan Umisya Mazlan sebagai anak.

Di Instagram, Norman meluahkan rasa kasihnya kepada Marissa, Aslam dan Umisya menerusi satu perkongsian yang dititpkan khas sempena ulang tahun anaknya itu.

Lebih menyentuh hati, Norman berkata kasih sayangnya terhadap Marissa tidak akan terputus meskipun kerap diuji dengan pelbagai kontroversi.

“Sanah Helwah Ulang tahun kelahiran my baby girl, Marissa Dania. Sayang papa pada adik dari sambut sendiri kelahiran sampai ke saat ini tak pernah berubah.

“Hanya mati yang akan pisahkan kasih sayang kita. Itu pun takkan terpisah sebab kita akan jumpa balik kat kehidupan akhirat yang hakiki, Insya-Allah.

“Papa sayang adik, sayang Aslam dan sayang Umisya. Semua anak-anak papa juga. Ujian hidup kita berbeza..

“Doa papa buat kalian tak pernah putus. Allah hadirkan hujan, ribut dan taufan sebab Allah nak mengajar kita tentang bersyukur dalam tangis dan sujud semasa hadirnya pelangi nanti.

“Percaya dan yakin waku itu akan tiba, endless love.. Papa,” tulisnya.

Norman Hakim

Bukan itu sahaja, Norman turut mengimbau kembali momen ketika dia menyambut kelahiran Marissa, iaitu anak hasil perkahwinan terdahulu bersama aktres, Abby Abadi sekitar 19 tahun lalu.

Sebelum ini, nama Marissa menjadi sebutan hangat di media sosial selepas dia menjadi isteri kedua kepada pilihan hatinya, Aslam pada Disember lalu di Songkhla, Thailand.

Malah, perkahwinan mereka itu difahamkan tidak mendapat pengetahuan isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan dan ibu bapa Marissa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Adik Selalu Doa, Dosa Papa Bagi Dekat Adik…” – Marissa Dania Mohon Ampun Pada Norman Hakim Sentuh Hati Ramai

Artikel Berkaitan: “Tak Pernah Sesaat Saya Lepas Tangan”- Norman Hakim Akhirnya Buka Mulut, Minta Abby Bertenang Isu Anak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 May 2026

Bukan MV Biasa, Haikal Farid Tampil Kelainan Dalam ‘Aku Klasik’ Bersama Komuniti Orang Asli

Haikal Farid kembali merancakkan industri muzik tempatan menerusi pelancaran single terbaharunya berjudul Aku Klasik (Eh Ah).

Hiburan Mon, 17 Dec 2018

#Mentor 7: Tiada Penyingkiran Minggu Ketujuh, Lima Protege Ke Separuh Akhir

Lima protege mempamerkan persembahan hebat malam tadi. Siapa agaknya yang layak ke pentas final? Jangan lupa saksikan konsert Mentor 7 separuh akhir pada 23 Disember pada jam 9 malam di TV3. Tak sabarnya!

Featured Tue, 22 Aug 2023

“Tak Payah Sibuk Berbini 2, I Pun You Tak Boleh Handle!” – Anzalna Nasir ‘warning’ Suami Isu Poligami Abang Tesla

Setuju! Isteri sendiri pun kadang tak terlayan, ada hati nak kahwin lain ye dak?🤣

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Mesej Berbaur Seks, Zarina Anjoulie Beri Amaran Pada Jantan Gatal

Dan, perkongsian ini sahaja telah mendapat 5,932 likes dan 606 komen dari pengikut beliau melalui laman instagram tersebut yang majoritinya wanita

Trending Thu, 14 Feb 2019

Suhaimi Saad is Now an Astronomer?!

Maybe we should stick to the facts…?

error: Content is protected !!