Hiburan By: Salma Syahbuddin January 16, 2018 @ 2:38am

EYKA FARHANA DIKECAM? RAYU AGAR NETIZEN FAHAM

Selepas Sharifah Sakinah kini giliran Eyka Farhana pula terkena tempias kecaman netizen apabila dikritik kerana berbahasa korea dalam satu drama lakonannya bersama Nazim Othman.

Bagi netizen, bukan kerana memperlekehkan artis K-pop tetapi, kerana bercakap dalam bahasa Korea yang dikatakan lebih kepada bunyi Hindustan itu yang membuatkan para netizen diluar sana mempersoalkan setiap pronounciation mereka.

 

Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa FarhanaWan Sarmizi, 23 berkata, dia dan gandingannya Nazim Othman sudah berusaha untuk belajar bahasa itu sebelum penggambaran bermula. 

“Saya sedih kerana sudah buat yang terbaik, tolonglah hargai, penat kami belajar bersungguh-sungguh bahasa Korea. Saya rasa tidak salah kita cuba sesuatu yang baharu dalam lakonan. Saya rasa seronok ketika penggambaran drama itu dan harap penonton turut belajar bersama ketika menonton drama itu,” ujarnya.

 

Bagi Eyka Farhana juga, penonton harus faham jalan cerita drama tersebut sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, kerana dalam watak itu sahaja jelas menggambarkan bahawa dia merupakan seorang remaja yang terlalu meminati kumpulan kpop. 

“Sudah tentulah saya cakap tidak seperti orang Korea sebenar kerana saya pun belajar seminggu sebelum mula drama. Sebelum kecam mereka juga perlu tahu jalan ceritanya. Saya bawa watak remaja yang terlalu minat dengan artis K-pop sehingga sanggup belajar bahasa mereka,” jelasnya lagi.

Isu ini mula timbul apabila, trending di laman sosial satu klip video yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter iaitu ida@okestern yang menunjukkan Eyka dan Nazim sedang berbual dalam bahasa Korea.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Fri, 23 Mar 2018

Hey Potterheads, a Harry Potter-Themed Cruise is Coming!

Get your robes, wands and brooms ready, wizards and witches.

Hiburan Wed, 26 Dec 2018

李幸倪3月登顶!首次个人大型演唱会

李幸倪明年3月登云顶舞台,在大马首次举办个人大型演唱会,唱出9年出道以来梦想路!

Hiburan Thu, 28 Apr 2022
LIFESTYLE Wed, 18 Apr 2018

Wow! Gincu Untuk Penggemar ‘Musang King’

Hadir dalam warna kuning seakan-akan warna durian musang king, kami pasti korang yang sukakan durian memang rasa ‘kenyang’ jer bila gunakan gincu ini. Tak menyesal punya beb!

Trending Tue, 24 Aug 2021

[VIDEO] Respect! Artis Ini Sambut Hari Kemerdekaan Dengan Cara Yang Kreatif!

Hari Kebangsaan negara kita bakal menjelang tak lama lagi dan sudah pasti rakyat Malaysia juga tidak sabar. Sedar tak sedar, sudah 64 tahun kita menyambut hari yang bersejarah ini. Meskipun kita masih dalam musim pandemik, […]

Hiburan Fri, 4 Jan 2019

Tahniah! Ziela Jalil Bakal Timang Cucu Pertama

Tahniah, mesti comel bayi itu nanti! Kami doakan agar urusan Datuk Ziela Jalil sekeluarga lancar hendaknya.

Featured Tue, 4 Jul 2023
error: Content is protected !!