Hiburan By: SGMS Faida May 11, 2019 @ 1:43pm

Jual Ayam Rangup RM1, Izzmad Harun Tak Mahu Fikir Soal Untung

Penyanyi Izzmad Harun memaklukan dia kini sibuk berniaga makanan dan minuman di bazar Ramadan sepanjang bulan ini.

Kata Izzmad kepada XTRA, lebih istimewa gerainya menjual ayam goreng istimewa dan jus tembikai dengan harga RM 1 sahaja.

“ Sepanjang Ramadan ini, saya bersama dua rakan Najib dan Ima berniaga ayam goreng rangup, laksa dan jus tembikai di bazar Ramadan Bukit Rahman Putra, Sg Buloh.

“ Seronok dapat lihat pembeli setiap hari. Dalam masa sama, salah seorang anggota kelab peminat turut menjual pelbagai jenis minuman menggunakan tajuk lagu-lagu saya,” katanya ketika ditemui di bazar Ramadan.

Tambah pelantun lagu ‘Selalu Di Jiwa’ ini, dia memastikan tetap ‘turun padang’ setiap hari dan menggoreng sendiri ayam yang dijual.

Ketika ditanya apakah yang membuatkan dia dan rakan-rakan menjual harga ayam pada harga yang amat murah, Izzmad mengaku tidak mementingkan keuntungan semata.

“ Sempena bulan mulia ini, saya dan rakan-rakan tidak mahu memikirkan keuntungan sebaliknya lebih mengutamakan konsep bersedekah.

“ Jadi untuk anda yang berkesempatan mengunjungi bazar Ramadan di lokasi kami berniaga, sudi-sudikan singgah ke gerai kami,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Izzmad juga kini sibuk dalam urusan promosi single terbaharu berjudul Saat Kau Jauh yang juga merupakan lagu runut drama ‘Dua Puluh Ribu Serba Dua’.

Lebih istimewa, Izzmad turut berlakon dalam drama yang bakal ditayangkan di TV1 tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 5 May 2019

Anak Tak Pegang Handphone Sendiri, Nabil Tak Kisah Dilabel Kolot!

Kalau nak tengok di laptop, hanya Sabtu dan Ahad sahaja. Itu pun sekejap sahaja. Hari Isnin-Jumaat, mereka perlu fokus dengan pelajaran

Hiburan Wed, 6 Sep 2023
Hiburan Thu, 30 Mar 2023
Featured Wed, 21 Apr 2021

Persoal Cinta Kepada Ilahi, Autotune Band Dan The Truth Tampil Menerusi Bukti

Pernah viral menerusi cover Panama versi dakwah di YouTube Malaysia, Autotune Band tampil berani mempersoalkan bukti cinta sebenar umat Islam dalam sebuah karya baru bertajuk Bukti. Bukti membawakan mesej mengenaj kecintaan kita kepada llahi. Hari […]

Hiburan Wed, 14 Aug 2019
Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Baim Wong, Isteri Tersenarai Antara Vlogger Terkenal Dunia

Hebat penangan suami isteri ni, sentiasa terhibur tengok telatah mereka di Vlog Bapau. Cuba try layan, menghiburkan!