Categories: FESYENHiburanOMG

Ezuan Ismail Tepis Dakwaan Tiru Rekaan Luar!

Pereka fesyen terkenal, Ezuan Ismail tampil memberikan penjelasan apabila dituduh menciplak idea antarabangsa dalam rekaannya. Isu ini timbul apabila sebuah akaun instagram telah mendedahkan bahawa baju yang dipakai oleh penyanyi Pematah Hati, Nabila Razali dan pelakon, Maria Farida menyerupai rekaan tersebut.

Dalam satu temu bual yang dilakukan oleh sebuah portal hiburan bersama Ezuan, beliau lantas menafikan tuduhan tersebut namun, mengakui bahawa terdapat sedikit persamaan dalam hasil kerjanya itu dengan jenama tersebut. Beliau juga memberitahu, setiap pelanggan yang datang kepadanya akan membawa rekaan mereka sendiri dan beliau sebagai pereka fesyen terpaksa akur dengan kehendak pelanggan.

“Saya tidak nafikan ada persamaan tapi ia bukanlah seratus peratus kerana saya akan nasihatkan mereka mengikut kesesuaian. Kebiasaannya, pelanggan saya datang dengan gambar contoh baju mereka mahu, sebagai seorang yang menjalankan bisnes dan mencari rezeki dalam bidang ini, saya juga perlu memikirkan yang terbaik dan mengutamakan permintaan mereka.” Jelasnya

Menurut Ezuan Ismail, sebagai pereka fesyen beliau seringkali tersepit dengan situasi sebegini demi untuk memenuhi kehendak pelanggan.

Salma Syahbuddin