Categories: Trending

Helikopter Bawa Pengantin Terhempas, Majlis Tetap Diteruskan…

Cemas! Walaupun helikopter yang membawa pengantin perempuan terhempas, acara resepsi tetap diteruskan…Fuh, macam mana agaknya keadaan ketika itu? 

Itu yang berlaku di sebuah majlis perkahwinan di Brazil apabila helikopter berkenaan terhempas dan terbakar di hadapan tetamu!

Pengantin perempuan terbabit bagaimanapun terselamat dalam insiden itu dan masih mahu meneruskan acara hari bersejarah itu yang diadakan di sebuah ladang anggur di Sao Paulo, semalam.

Tiga penumpang lain termasuk juruterbang, jurugambar dan seorang kanak-kanak dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan ringan.

Menurut penganjur, Castelo dos Vinhais di Vinhedo, kesemua tetamu selamat dan majlis perkahwinan itu tetap berlangsung seperti biasa atas permintaan pasangan pengantin.

Difahamkan, polis telah melancarkan siasatan ke atas insiden itu. 

Sumber: Agensi

 

SGMS Faida