Categories: HiburanSelebriti

Fadh Mengaku Lebih ‘Over’ Berbanding Isteri

Maklumlah, teruja dengan satu-satunya bayi perempuan dalam keluarga, pelawak Fadh akui lebih ‘over’ berbanding isterinya. Dalam hal membeli barangan keperluan baby girl yang dinamakan Nur Aminah Mishall, Fadh memberitahu keinginannya membuak ketika berada di kedai kelengkapan bayi. 

” Adakala saya berada di luar kawalan apabila terlihat pakaian atau aksesori menarik dan cantik untuk dipakaikan kepada anaknya itu. Saya sebenarnya memang teruja dapat anak perempuan sebab sebelum ini sudah ada dua anak kembar lelaki.

“Kalau bab beli barangan dia memang saya suka sebab macam-macam hendak dibeli sampai rambang mata dan mengalahkan isteri saya. Ibunya pun tak ‘over’ tetapi bapanya pula yang melebih-lebih,” katanya kepada mStar Online.

Isteri Fad, Nur Syahirah Abdul Rahman, 24, selamat melahirkan Nur Aminah Mishall pada 19 November lalu. Mereka juga mempunyai sepasang anak kembar lelaki iaitu Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan kini sudah berusia tiga tahun.

Sumber: Mstar

 

SGMS Putri