Categories: HiburanProgram TVTV3

Famili Duo 3: Adira & Emma Bawa Pulang RM10,000! Hanya Tiga Pasangan Mara Ke Pentas Akhir, Ini Kedudukan & Markah Penuh Peserta…

Minggu separuh akhir Famili Duo musim ketiga (FD3) membuat kejutan apabila hanya tiga pasangan sahaja yang mara ke pentas akhir pada minggu hadapan.

Tiga pasangan yang mara ke peringkat akhir adalah Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi, Sharif dan Syaiful serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran.

Ini sekaligus membuatkan pasangan Shila Amzah, Tom dan Fuad serta Ryan dan Adam Bakery merupakan tiga lagi duo yang tersingkir.

Pada minggu ketujuh ini, Adira dan Emma yang membawakan lagu ‘Side to Side’ dan ‘Ha Tepok’ muncul sebagai juara mingguan dan membawa pulang wang tunai RM10,000.

Berikut merupakan markah keseluruhan enam peserta Famili Duo di minggu ketujuh:

1. Sharif & Syaiful Zero – 399.4
2. Haqiem Rusli & Ariff Bahran – 368.6
3. Adira & Emma Suhaimi – 365.5
4. Tom & Fuad Rahman – 342.6
5. Syahir & Shila Amzah – 310.7
6. Ryan & Adam Bakery – 308.7

Bagi peringkat akhir, peserta bakal membuat dua persembahan dengan bertemakan bebas dan vokal berkumpulan atau duo popular.

Juara FD3 bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

Bersiaran secara langsung dari Studio Glenmarie, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, pukul 9 malam hingga 11 malam di TV3 atau secara strim di platform Tonton.

Maya Basir