Famili Duo 3: Janna Nick Sedia ‘Bakar Line’ Di Konsert Minggu Pertama – “Kita Hormat Kalau Mereka Tak Jawab Soalan”

Pengacara Janna Nick memaklumkan dia kini sudah bersedia dengan konsert minggu pertama Famili Duo yang bakal berlangsung malam ini.

Menurut Janna yang bakal bergandingan dengan Izzue Islam sebagai hos, dia perlu peka dengan situasi semasa yang terpalit dengan peserta-peserta Famili Duo pada musim baharu ini.

“Persediaan untuk sekarang ini, saya mengikuti kontroversi-kontroversi.

“Orang tahu saya ada di Famili Duo kalau tidak membakar semangat, saya ‘bakar line’.

“Saya kena ambil peka dengan isu-isu yang relevan dengan family,” ujarnya kepada XTRA.

Mengulas mengenai isu-isu panas yang terpalit dengan para peserta, Janna akui dia menghormati sekiranya soalan-soalan yang diajukan tidak dijawab peserta.

“Sudah tentu kita menghormati peserta dan kita berada di situ untuk menaikkan semangat mereka untuk bertanding.

“Dan selain dari itu sekadar selingan dan kita menghormati kalau kita tanya dan mereka tak jawab, kita hormati.

“Sebagai hos, kalau itu yang pihak penerbit mahukan, saya akan ajukan soalan-soalan tersebut,” jelasnya.

Tambah Janna, penglibatannya sebagai hos sudah tentu mempunyai tanggungjawab sendiri malah segalanya mengikut kehendak pihak penerbit dan stesen televisyen.

“Ia ada dua peranan, satu sebagai hos yang mungkin akan mengajukan soalan-soalan sensitif daripada penerbit.

“Dan kedua sebagai rakan ada juga peranan saya. Bagi pengacara saya tetap jalankan tanggungjawab saya sekiranya itu kehendak pihak penerbit dan stesen televisyen (TV),” tutupnya.

Famili Duo bakal bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3 mulai 15 Oktober 2023. Penonton boleh juga strim secara langsung di www.tonton.com.my.

Lima pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu).

Pasangan Duo terakhir akan diumumkan pada konsert pertama malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Famili Duo 3: Pernah Bekerjasama Beberapa Kali, Duo Ke-6 Bersedia Dikritik Ajai & Mas Idayu – “Mereka Sangat Hebat”

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan Keenam Famili Duo 3 Jadi Tanda Tanya, Netizen Petik Nama Kak Lina Pom Pom & Suami?

Khairil Khusyairi