Dari Pelawak Ke Penyanyi, Sharif & Syaiful Zero Peserta Ke-6 Famili Duo! Tak Sabar Tunjuk ‘Taring’ Dalam Nyanyian..

Teka teki peserta pasangan duo ke-enam program realiti nyanyian Famili Duo musim ketiga akhirnya terjawab iaitu menampilkan pelawak kumpulan Zero, Sharif dan abangnya, Syaiful.

Meskipun nama mereka lahir daripada bidang komedi, namun Sharif dan Syaiful teruja dan bersemangat untuk menonjolkan bakat nyanyian mereka.

Ketika ditemui, Sharif tidak menafikan mempunyai sedikit rasa bimbang sekiranya penonton menganggap mereka tidak serius menyertai program nyanyian dan hanya sekadar membuat komedi.

“Ini pertama kali saya dan Syaiful berduet, sebelum ini kami hanya aktif menyanyi di siaran langsung TikTok.

“Dari situ peminat-peminat sedar kami ada bakat dalam nyanyian, dan kebetulan ada rezeki sertai Famili Duo.. Kami terus setuju dan anggap sebagai satu cabaran.

“Ramai orang tahu kami dah bertahun-tahun di program komedi, kali ni nak mencuba sesuatu yang baru, tonjolkan bakat menyanyi.

“Tapi takut juga kalau ada orang masih rasa kami sedang buat kelakar atas pentas, apa pun kami akan bekerja keras untuk mengubah pemikiran penonton,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, Sharif dan Syaiful berkata mereka masih belum merancang untuk mengambil guru vokal serta pasukan dalam menguruskan lagu-lagu yang bakal dibawa di Famili Duo.

“Dari segi pemilihan lagu, kami akan mencari lagu yang sedang trending. Selain itu, kami juga akan cuba memberi nafas baharu untuk lagu-lagu yang ramai ketahui.

“Kami tak ada team, semua buat sendiri berdua di rumah. Kita cuba dulu untuk minggu pertama ini, sekiranya rasa tak cukup baru kami akan cari guru vokal dan team untuk arrangement lagu.

“Kami tidak takut, malah teruja nak bertanding dengan penyanyi-penyanyi hebat tanah air. Mereka lahir sebagai penyanyi, kami dari komedi. Mereka pasti akan mempertaruhkan vokal.

“Tetapi, apa yang kami boleh janjikan adalah untuk setanding dengan mereka. Tetapi kalau lebih, maksudnya kami berjaya,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Sharif dan Syaiful berkata persaingan terdekat mereka adalah pasangan duet Ryan Bakery dan adikya, Adam Bakery kerana mereka juga lahir dalam industri komedi namun berbeza dari platform.

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: Anggap Ryan & Adam Bakery Jadi Cabaran Utama! Siapakah Pasangan Duo Ke-6 Ini?

“Antara yang kami rasa adalah persaingan pasangan duet Ryan Bakery dan adiknya, Adam Bakery sebab mereka juga lahir dalam industri komedi, cuma berbeza platform saja,” ujarnya.

Famili Duo boleh ditonton pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

Gunakan hashtag #FamiliDuo2023 #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

Lima pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu).

Famili Duo 3 ini dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Musim terbaharu yang lebih menyengat ini diterajui oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Muhamad Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif dan Noradillah Binti Abdullah sebagai penerbit.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

Aqilah Paharuzi