Famili Duo: Ayda Jebat Letih Sampai Menangis! Turun 5 Kg, Hilang Selera Makan Gara-Gara…

Penyanyi Ayda Jebat mendedahkan dia kehilangan berat badan disebabkan terikat dengan komitmen yang agak sibuk kebelakangan ini.

Menceritakan perkara terbabit di ruangan Instagram Stories, Ayda turut mengalami kurang selera makan biarpun berasa lapar sejak beberapa minggu lalu.

“Sejak tiga minggu lalu berat badan saya turun dari 46 kilogram (kg) sekarang 41 kg. 5 kg hilang. Saya nak makan, lapar. Tapi bila sampai makanan, makan sikit terus kenyang. Saya tak tahu kenapa,” kongsinya.

Tambah finalis program Famili Duo ini lagi, dia juga kurang rehat apabila terpaksa menguruskan perancangan mingguan selepas selesai konsert Famili Duo.

“Kalau konsert Ahad habis, Isnin dah cepat-cepat siapkan struktur dan susunan lagu pada Selasa. Pada masa sama, nak dapatkan semua prop, orang terlibat.

“Selain Famili Duo, berlambak sesi fotografi dan penggambaran video sana sini,” ujarnya.

Pelantun lagu Pencuri Hati ini turut meluahkan rasa sedih apabila perlu bekerja tanpa henti biarpun hatinya mahu pergi bercuti.

“Lepas habis ni (Famili Duo), kena pergi melancong lah ya. Kan? Tapi tak boleh. Kerja lagi tanpa henti. Letih semalam sampai menangis,” luahnya.

Dalam pada itu, Fyna dan Ayda mengungguli minggu separuh akhir dengan meraih gelaran Duo of The Week dan berjaya mara ke pusingan akhir pada Ahad ini.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

Khairil Khusyairi