Hiburan By: Padin December 18, 2022 @ 11:25pm

Famili Duo: Bella Astillah & Wani Kayrie Ungguli Minggu Pertama Dengan 62.4%, Ini Kedudukan & Markah Penuh Peserta!

Minggu pertama Famili Duo menyaksikan pasangan sepupu, Bella Astillah dan Wani Kayrie yang membawa lagu Sumandak Sabah nyanyian asal Marsha Milan dan Velvet Aduk mendahului pertandingan dengan meraih 62.4 peratus markah.

Dinilai sebanyak 80 peratus oleh juri tetap, Ajai dan Mas Idayu serta 20 peratus undian atas talian oleh penonton, Bella dan Wani berjaya membawa pulang hadiah mingguan berjumlah RM10,000.

Di tempat kedua, Ayda Jebat dan Fyna Jebat yang menyampaikan lagu Tak Ada Logika meraih markah sebanyak 59.7 peratus.

Membawakan lagu Aku Skandal, Naim Daniel dan Sissy Imann pula berada di tangga ketiga dengan markah sebanyak 58 peratus.

Berikut merupakan markah penuh tujuh peserta Famili Duo di minggu pertama:

1. Sumandak Sabah – Bella Astillah & Wani Kayrie (62.4%)
2. Tak Ada Logika – Ayda Jebat & Fyna Jebat (59.7%)
3. Aku Skandal – Sissy Imann & Naim Daniel (58%)
4. Sinaran – Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (45.4%)
5. Putus Atau Terus & Rumah Singgah – Ara Johari & Shaffiq Erwin (42.6%)
6. Teman Tapi Mesra, Pudar & Pudar – Siti Saida & Siti Sairah (35.4%)
7. Saling Merindu – Zaki Yamani & Yamani Abdillah (32.5%)

Untuk minggu ini, Ella dan Kaka Azraff yang merupakan ibu dan anak saudara tampil sebagai penyanyi undangan dan menyampaikan lagu Permata Biru dan PPP.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan untuk merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #familiduoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 27 Jun 2020
Hiburan Mon, 16 Jan 2023
Trending Fri, 24 Apr 2020
Featured Thu, 4 Nov 2021

Suami Tidak Tahu Isteri Tidur Dengan Bosnya Agar Dinaikkan Pangkat

Seorang wanita mendedahkan rahsia bahawa suaminya sering dinaikkan pangkat kerana wanita itu mempunyai hubungat sulit dengan seorang ketua di syarikat tempat lelaki itu bekerja. Menurut laporan The Sun, wanita itu membuat perkongsian di akaun Twitter, […]

Hiburan Mon, 7 Jan 2019

Datuk Siti Says “Politics is Not Where I Belong”

It seems she prefers to stay within the entertainment industry.

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Panas! Gadis Istimewa Ini Beri Ucapan Hari Lahir Buat Kamal Adli

Gadis istimewa ini telah memuatnaik gambar mereka berdua, bersama caption yang boleh buat anda semua cair!