Categories: HiburanTrending

Famili Duo: Sharif & Syaiful Cipta Hatrik Menang RM10,000 Buat Kali Ketiga Dengan 71.3%, Ini Kedudukan & Markah Penuh Peserta!

Minggu keenam Famili Duo menyaksikan pasangan adik beradik, Sharif dan Syaiful yang membawa dua buah lagu iaitu Bunyi Gitar dan Di Renjis Renjir mendahului pertandingan dengan meraih 71.3 peratus markah.

Dinilai sebanyak 70 peratus oleh juri tetap, Ajai dan Mas Idayu serta 30 peratus undian atas talian oleh penonton, Sharif dan Syaiful sekali lagi berjaya membawa pulang hadiah mingguan berjumlah RM10,000.

Di tempat kedua, Tom & Fuad Rahman yang menyampaikan lagu Janji Tetap Janji & Rahsiamu Rahsiaku Rahsiamu meraih markah sebanyak 62.9 peratus.

Membawakan lagu Hey & Big Spender, Adira dan Emma Suhaimi pula berada di tangga ketiga dengan markah sebanyak 62.8 peratus.

Berikut merupakan markah penuh enam peserta Famili Duo di minggu keenam :

1. Bunyi Gitar & Di Renjis Renjis – Sharif & Syaiful (71.3%)

2. Janji Tetap Janji & Rahsiamu Rahsiaku Rahsiamu -Tom & Fuad Rahman (62.9%)

3. Hey & Big Spender-Adira & Emma Suhaimi (62.8%)

4. Si Gadis Ayu & Hari Ini Dan Semalam- Haqiem Rusly & Ariff Bahran (47.7%)

5. Tak Mengapa & Keindahan Pantai – Shila & Syahir Amzah (45.9%)

6. Kisah Seorang Biduan & La Obe – Ryan & Adam Bakery (45.4%)

Dihoskan oleh Janna Nick dan Izzue Islam, enam pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan untuk merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Glenmarie, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, pukul 9 malam hingga 11 malam di TV3.

Gunakan tanda pagar #familiduotv3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

Syamir Shafie