Famili Duo: Zaki Yamani & Yamani Abdillah Juara Minggu 3, Jom Semak Kedudukan & Markah Penuh Peserta

Minggu ketiga Famili Duo bertemakan ‘Retro 60an & 70an’ menyaksikan pasangan adik beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah yang membawa lagu Khayalan nyanyian Black Dog Bone mendahului pertandingan dengan meraih 66.8 peratus markah.

Dinilai sebanyak 80 peratus oleh juri tetap, Ajai dan Mas Idayu serta 20 peratus undian atas talian oleh penonton, Zaki dan Yamani berjaya membawa pulang hadiah mingguan berjumlah RM10,000.

Di tempat kedua, Sabhi Saddi dan FareedPF K-Clique yang menyampaikan lagu Mas Mona meraih markah sebanyak 61.6 peratus.

Membawakan lagu I Will Survive, Bella Astillah dan Wani Kayrie pula berada di tangga ketiga dengan markah sebanyak 61.5 peratus.

Berikut merupakan markah penuh tujuh peserta Famili Duo di minggu ketiga:

Berikut pula carta keseluruhan markah terkumpul untuk Famili Duo:

Untuk minggu ini, Dolla tampil sebagai penyanyi undangan menyampaikan lagu Sudi dan Dolla Make You Wanna.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #familiduoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

Padin