Fasha Sandha Muat Naik Gambar Seksi, Aliff Syukri Pula Yang Over

Selepas namanya disebut-sebut sejak beberapa hari ini kerana sering tampil berpakaian seksi, Fasha Sandha sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila kali ini nama Datuk Aliff Syukri pula terkait sama. 

Foto yang dimuat naik di akaun instagram milik pelakon cantik manis ini beberapa hari lepas menarik perhatian netizen dan juga rakan artis yang memuji kecantikan Fasha, kerana keliahtannya pelakon itu semakin berseri-seri. Antara rakan artis yang dilihat turut meninggalkan komen di akaun tersebut termasuklah kekasih hatinya, Aidil Aziz, Janna Nick, Uqasha Senrose dan juga DS Aliff Syukri. 

Namun, apa yang menarik perhatian ialah, komen yang ditinggalkan oleh Aliff Syukri yang dianggap sebagai membuka aib isterinya dan itu sekaligus mengundang kecaman netizen terhadap dirinya.

 

 

Namun, selepas dihentam dengan kata-kata kecaman di ruangan komen tersebut, DS Aliff Syukri nampaknya tidak memberikan sebarang reaksi  mahupun membalas komen tersebut.

Salma Syahbuddin