Categories: HiburanSelebriti

Fathia Dah Tak Sanggup Bawa Gelaran Selebriti?

Kembali dihimpit kontroversi apabila video merokok ketika muncul ‘live’ di Instagram, nama pelakon Nur Fathia kini menjadi bualan peminat hiburan tempatan.

Sebelum ini, pelakon berusia 31 tahun ini pernah beberapa kali dikaitkan dengan kontroversi.

Enggan berpura-pura lagi, kali ini Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff mengaku tidak mahu lagi hipokrit.

“ Saya tahu orang di luar sana mahu saya berubaj jadi baik, tapi mereka lupa saya juga manusia biasa.

“ Saya terbeban membawa status selebriti, malah nama Fathia Latiff itu seperti menyekat kehendak dan kemahuan diri.

“ Bukan tak pernah cuba berubah tetapi perasaan saya tidak tenteram apabila cuba hipokrit. Penat rasanya hidup sebagai hipokrit,” katanya kepada BH Online.

Pelakon drama Ariana Rose ini menegaskan dia mahu menjadi diri sendiri dan enggan mempedulikan lagi cemuhan netizen. 

“ Selama mana mereka mahu mengutuk dan mencaci saya, silakan!. Terimalah saya seadanya. 

” Saya sanggup buang gelaran selebriti dan meninggalkan dunia seni sekiranya ia membebankan jiwa. Saya tidak minta menjadi popular, cuma rezeki memihak kepada saya,” katanya.

Fathia menegaskan, dia sengaja merokok dalam rakaman itu kerana tidak mahu lagi berselindung siapa dirinya yang sebenar.

“Saya tidak malu mengakui, saya seorang perokok. Keluarga juga tahu saya merokok, malah sering menasihatkan saya supaya membuang tabiat buruk itu.

“Buat masa ini, saya masih belum mampu meninggalkan tabiat itu sepenuhnya, tetapi sedang berusaha mengurangkannya. Biarlah saya berhenti secara perlahan-lahan.

“Sebelum ini, apabila saya cuba berpura-pura, saya menjadi semakin memberontak. 

“ Saya tidak kisah jika ada yang anggap saya bukan gadis baik, asalkan saya tahu batasan hidup.

“Saya tidak mahu hidup saya diadili dan dikawal masyarakat. Saya hanya mahu menjadi manusia biasa dan melakukan apa yang menyenangkan hati,” katanya.

SGMS Faida