Fazura Alami Gangguan ‘Pontianak’….

“Saya tidak mahu lagi melakonkan watak wanita lemah yang ditindas selepas ini,” kata pelakon Fazura yang mengaku lebih selektif dalam pemilihan watak.

Akui Fazura ketika ditemui Xtra, dia lebih berminat untuk membawa watak yang mengetengahkan wanita sebagai penguat dalam sesebuah naskah.

“Cukuplah dengan watak wanita putus cinta, tidak boleh move on kemudian lari ke luar negara. Bekas teman lelaki pula datang ke airport dan pujuk. Saya tidak lagi berminat dengan watak begitu.

“Saya masih menunggu skrip yang baik untuk projek di masa akan datang. Tiada guna juga jika saya berlakon dalam banyak filem atau drama tetapi watak tidak ‘sampai’ kepada penonton. Biarlah sedikit asalkan watak yang saya bawa itu terus diingati dan mesej yang disampaikan itu melekat dalam hati penonton,” katanya ketika ditemui di sidang media filem ‘Dendam Pontianak’ yang berlangsung di Laman Wau, Kompleks Kraf, Jalan Conlay, hari ini.

Sementara itu, Fazura memaklumkan dia amat berpuas hati dengan wataknya dalam filem yang diarahkan dan ditulis oleh  Glen Goei. dan Gavin Yap itu.

“Jujurnya saya tiada rujukan dalam membina karakter sebagai Meena malah saya sendiri yang mencipta watak itu.

“Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun berpengalaman diganggu di set penggambaran. Saya anggap itu pengalaman yang masih boleh dikawal,” akui Fazura yang ternampak kelibat pontianak ketika menjalani penggambaran filem ini yang turut dibintangi Remy Ishak.

‘Dendam Pontianak’ terbitan produksi dari Singapura, Tiger Tiger Pictures merupakan kerjasama pertama antara Primeworks Studios sebagai pengedar rasmi di Malaysia.

Filem ini akan mula mengilai di pawagam Malaysia mulai 12 September 2019 manakala di Singapura bernula 27 Ogos ini.

SGMS Fas