Featured By: Khairil Khusyairi November 9, 2022 @ 3:54pm

Filem Berkisar Anwar Ibrahim Tampilkan Farid Kamil & Acha Septriasa, Ramai Yang Tak Sabar Nak Tonton

Tular di media sosial baru-baru ini sebuah perkongsian yang memaparkan aktor Farid Kamil dan pelakon Indonesia, Acha Septriasa bakal bergandingan dalam sebuah filem.

Menerusi perkongsian di Twitter, filem itu berkisar mengenai perjuangan seorang ahli politik iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Filem tentang Anwar Ibrahim akan jadi kenyataan.

“Bukan biasa-biasa punya produksi dan pelakon. Melibatkan dua negara.

“Yang akan jadi Anwar Ibrahim ialah Farid Kamil. Yang akan melakonkan watak Dr. Wan Azizah adalah Acha Septriasa,” tulis seorang pengguna.

Dalam perkongsian sama, turut memperkenalkan barisan pelakon lain seperti Hasul Rahmat yang akan memegang watak Tun Dr. Mahathir.

Ciapan tersebut juga turut menjadi bualan warganet apabila memaparkan foto-foto ketika sepanjang pembikinan filem itu dan yang paling mencuri tumpuan ialah foto Acha Septriasa mengenakan hijab dengan gaya Datuk Seri Dr. Wan Azizah.

“Cantiknya Acha Septriasa pakai tudung gaya Dr Wan Azizah,” ciap pengguna.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menonton filem yang akan memberi fokus kepada kisah perjuangan politik Anwar Ibrahim.

Difahamkan filem terbitan syarikat produksi Indonesia itu masih dalam proses akhir penggambaran dan dijangka menemui penonton pada tahun depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 29 Oct 2022

“Terima Kasih Selama Ni Jaga Makan & Sakit Aku” – Hubungan Persahabatan 2 Remaja Undang Cemburu Netizen

Tular sebuah video persahabatan dua orang remaja telah meraih perhatian warganet di media sosial. Dijaga oleh kawannya ketika sedang sakit, Fariz melahirkan rasa syukur mempunyai teman yang baik.. Aksi dimandikan oleh sahabatnya ketika Fariz sedang […]

Hiburan Mon, 12 Jun 2023

Ustaz Wadi Annuar Perjelas Isu Hadiri Majlis Resepsi Janna & Dini – “Saya Ambil Keputusan Untuk Tak…”

Penceramah Ustaz Wadi Annuar tampil memberikan penjelasan berkenaan dirinya menghadiri majlis resepsi pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann di Langkawi, Sabtu lalu. Menurut Ustaz Wadi, dia dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut dan membacakan […]

Hiburan Thu, 4 Jan 2024
Featured Tue, 5 Sep 2023
Trending Mon, 26 Feb 2018

Impi Wajah Secantik Erra Fazira, Wanita Ini Menderita Kerana Suntikan Kolagen

Muka Firaun, ‘dagu cecah ke lutut’, ‘hantu dagu’, ‘dagu panjang’ ‘dagu terpisah muka’ dan ‘nenek sihir’, antara bentuk sindiran yang pernah dilemparkan kepada mereka sehinggakan berasa amat malu untuk berdepan dengan masyarakat.