Filem Kontroversi Didakwa Sentuh Bab Agama, Pengarah Mohon Tonton Sampai Habis

Filem kontroversi Mentega Terbang didakwa menyentuh sentimen agama sehingga mendapat perhatian penyanyi rap, Caprice.

Menjelaskan mengenai dakwaan yang diperkatakan, pengarahnya, Khairil Anwar, 31, berkata, perkara yang dihebohkan mengenai filem yang bersiaran di platform penstriman Viu itu bukanlah gambaran sebenar yang ingin disampaikan dalam naskhah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Caprice Bengang Filem Mainkan Isu Agama Disiarkan, Minta Kementerian & JAKIM Ambil Tindakan Keras

Memetik laporan mStar, Khairi menjelaskan klip video yang tular juga adalah suntingan beberapa minit dari filem tersebut.

Ini sekaligus tidak dapat menjawab mesej yang ingin disampaikan oleh penulis mahupun pengarah filem itu sendiri.

“Saya rasa mereka yang mengecam filem ini tidak menonton sehingga habis.

“Mereka hanya membuat kesimpulan berdasarkan klip berdurasi dua minit yang tular berbanding menonton filem itu yang berdurasi 1 jam 45 minit,” katanya.

Terdahulu, Caprice meluahkan rasa berang dan berharap pihak berkuasa termasuk pihak Kementerian Komunikasi dan Digital untuk mengambil tindakan segera.

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin