[VIDEO] Fizi Ali Sebak Anak Masuk Sekolah, Pesanan Shakilla Khoriri Jadi Tumpuan – “Ameena Nyawa Ummi & Daddy”

Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali mengaku rasa sebak apabila melihat anaknya, Ameena Sofia menjejakkan kaki ke sekolah buat kali pertama.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Fizi yang juga bekas suami kepada pelakon Shakilla Khoriri itu memberitahu dia akan bersama cahaya matanya itu apabila diperlukan.

“Hari ni Ameena dah masuk sekolah, rasa cepat je masa berjalan. Macam baru je semalam rasa awak merangkak tetiba dah masuk sekolah.

“Sebak tetiba..walaupun daddy tak banyak masa dengan awak tapi daddy janji daddy akan ada dengan awak bila awak perlukan daddy..sekolah baik-baik sayang,” tulis Fizi ringkas.

Dalam pada itu, menjengah ke profil Shakilla, dia turut membuat perkongsian mengenai hari pertama Ameena bersekolah. Malah menitipkan doa buat puterinya itu.

“Semoga langkah satu alam baru untuk Ameena memberi beribu keberkatan untuk anak yang baik ni. Semoga kebahagian dan kebaikan datang menghimpitnya selalu.

“Semoga Ameena membesar dengan baik. Dan penuh kasih sayang sampai bila-bila.

“Umi & Daddy akan sayang Ameena walau macam mana pun. Sayang yang tidak ada henti dan putusnya. Tidak ada seorang pun yang boleh menghalang kasih sayang umi & daddy pada Ameena.

“Sebab Ameena nyawa umi & daddy. We love you my girl Ameena Sofia. Make us proud,” harap Shakilla.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nurul Ameena Sofia pada 2019.

Khairil Khusyairi