[VIDEO] “Mengaji Sedap, Menyanyi Pun Sedap!” – Disamakan Dengan Ariana Grande, Hannah Delisha Raih Pujian Netizen

Pelakon Hannah Delisha sekali lagi mencuri perhatian apabila video nyanyiannya tular semula di TikTok.

Menerusi video lebih satu minit itu, Hanna kelihatan duduk sambil diminta untuk menyanyikan lagu popular dari penyanyi terkenal antarabangsa, Adele berjudul Someone Like You.

“AD paksa dia nyanyi,” tulis pada kapsyen berkenaan.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat melabel Hanna atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, 27, sebagai Ariana Grande Malaysia dek kerana ton suaranya yang seakan-akan sama dengan pelantun lagu Stuck With You itu.

Malah, ada juga dalam kalangan peminat yang menyifatkan suara pelakon itu bertaraf antarabangsa.

@hannahdelishas_loverss Bila Shukri Yahaya jadi backup dancer kat belakang🤣 Andai Itu Takdirnya coming soon di Astro Ria #HannahDelisha #AndaiItuTakdirnya ♬ original sound – HannahDelishaLovers

 

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ini bukanlah kali pertama umum mengetahui tentang bakat nyanyian Hanna malah, sebelum ini juga dia pernah tular selepas suaminya yang juga pelakon, Imam Shah berkongsi video pendek menerusi laman Twitter memperlihatkan isterinya itu sedang mengalunkan selawat Al-Fatih.

 

Terdahulu, Hanna pernah mendapat perhatian selepas tampil menyanyikan lagu Gila secara Medley bersempena Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).

 Pelakon Hannah Delisha sekali lagi mencuri perhatian apabila video nyanyiannya tular semula di TikTok.

Menerusi video lebih satu minit itu, Hanna kelihatan duduk sambil diminta untuk menyanyikan lagu popular dari penyanyi terkenal antarabangsa, Adele berjudul Someone Like You.

“AD paksa dia nyanyi,” tulis pada kapsyen berkenaan.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat melabel Hanna atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, 27, sebagai Ariana Grande Malaysia dek kerana ton suaranya yang seakan-akan sama dengan pelantun lagu Stuck With You itu.

Malah, ada juga dalam kalangan peminat yang menyifatkan suara pelakon itu bertaraf antarabangsa.

 

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ini bukanlah kali pertama umum mengetahui tentang bakat nyanyian Hanna malah, sebelum ini juga dia pernah tular selepas suaminya yang juga pelakon, Imam Shah berkongsi video pendek menerusi laman Twitter memperlihatkan isterinya itu sedang mengalunkan selawat Al-Fatih.

 

Terdahulu, Hanna pernah mendapat perhatian selepas tampil menyanyikan lagu Gila secara Medley bersempena Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).

 

Salma Syahbuddin