Filem One Two Jaga Menang Besar Di FFM30

Pengarah filem One Two Jaga, Namron muncul sebagai pengarah terbaik sekaligus mendominasi anugerah di malam kemuncak Festival Filem Malaysia 30 (FFM30) yang berlangsung malam ini.

Filem arahan Namron ini turut diangkat sebagai filem terbaik sekaligus mengalahkan filem Dukun, Paskal The Movie, Vedigundu Passange dan Guang.

Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30) yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) turut menyaksikan Namron membawa pulang lima lagi anugerah lain termasuklah pelakon utamanya Rosdeen Suboh, diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Poster Terbaik.

Filem One Two Jaga mengangkat sisi gelap segelintir individu dalam dunia kepolisan yang terbabit dalam gejala rasuah serta jenayah. Tahniah Namron dan seluruh pasukan produksi Pixel Play Entertainment, semoga terus cemerlang di masa hadapan!

Wartawan: SGMS Fas / Najmi

SGMS Faida