Bekas Suami Gembira Fasha Bertemu Jodoh Semula

Susulan perkahwinan Fasha Sandha dengan Aidil Aziz yang berlangsung hari ini, bekas suami aktres berkenaan, Rizal Ashram Ramli turut mengucapkan tahniah.

Menerusi laman IG Rizal atau lebih mesra dipanggil Jejai, dia turut mendoakan agar pasangan pengantin baharu itu kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

“ Aidil, tahniah. Kita hanya bertemu tiga kali tetapi saya dengar banyak perkara baik tentang anda. Anak-anak adalah segalanya bagi saya dan gembira mendapat tahu anak-anak menerima anda sebaiknya. Semoga kalian terus berbahagia dan menyayangi antara satu sama lain sampai bila-bila,” akhirinya.

Dalam masa sama Rizal turut meluahkan rasa gembira apabila bekas isterinya berjumpa jodoh semula.

“ Saya yakin Rayfal dan Jemyma sangat gembira hari ini. Saya doakan agar ikatan perkahwinan kali ini bersama Aidil membawakan kebahagiaan dan semoga kasih sayang kalian bertambah seiring masa. Insya Allah. Semoga kalian bahagia dunia akhirat dan dipermudahkan segalanya,” akhiri Rizal.

Rizal dan Fasha pernah berkahwin pada 27 April 2012 dan bercerai empat tahun kemudian, 20 Januari 2016. Mereka memiliki dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemyma, 4. 

SGMS Faida