Featured By: Arfah December 21, 2021 @ 4:31pm

Finalis Lagu Cinta Kita 3 Bakal Bawa Kejutan Di Pentas Akhir

Pada Ahad yang lalu, kita sudah menyaksikan empat pasangan Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berjaya mara ke pentas akhir yang akan berlangsung 26 Disember ini.

Empat pasangan yang akan beraksi di pentas akhir nanti ialah Achik & Maria, Hariz & Wanie, Pasya & Puteri serta Syafeek & Zazo.

Manakala pasangan Malhamka & Yuveena tidak berjaya kerana berada di tangga paling bawah semasa pusingan separuh akhir.

Walaupun tekanan dan perasaan gementar yang dihadapi semakin tinggi, finalis LCK3 tetap berusaha memberikan sepenuhnya dalam latihan mereka bagi mempersembahkan hasil yang terbaik untuk pentas akhir.

Bertemakan Lagu Cinta Kita, finalis LCK3 akan memberikan dua persembahan.

Mereka juga akan membawakan lagu yang dicipta khas untuk mereka di pentas akhir nanti.

Ini merupakan kali pertama finalis Lagu Cinta Kita mempunyai lagu sendiri semenjak tiga musim bersiaran.

Pasangan Achik & Maria akan membawakan lagu duet nyanyian Deddy Dores & Mayang Sari bertajuk Jangan Pisahkan serta lagu mereka sendiri yang mengisahkan tentang cabaran dalam hubungan percintaan.

Hariz & Wanie akan menduetkan lagu Akan Ku Tunggu nyanyian kumpulan CANDY dan lagu baru mereka sendiri yang dikatakan mengandungi emosi berat.

Pasangan Syafeek & Zazo akan membawakan lagu rancak pertama mereka serta lagu sendiri yang menggambarkan seseorang yang sudah menemukan teman sejiwa.

Bagi Pasya & Puteri, mereka akan membawakan lagu dari kumpulan Search bertajuk Kejora Ku Bersatu.

Lagu itu merupakan lagu kegemaran Puteri dan impiannya adalah ingin menyanyikan lagu itu bersama Pasya.

Mereka juga akan mempersembahkan lagu sendiri dimana tidak seperti peserta lain, lagu mereka membawakan genre band.

Juara LCK3 bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 pada pentas akhir nanti.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pusingan akhir Lagu Cinta Kita 3 pada Ahad ini, 26 Disember jam 9 malam di TV3 atau strim HD di www.tonton.com.my dan YouTube TV3MALAYSIA Official.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 May 2019

Ebby Yus Terkejut Wanita Muda Nak Derma Buah Pinggang

Untung Ebby Yus, ramai yang masih sayang dengan dia. Semoga cepat sembuh bang!

Eat Travel Wed, 18 Dec 2019

Resipi Nasi Komok yang sangat sedap dan mudah

Enak dimakan seisi keluarga

Trending Thu, 11 Jan 2018

Mommy-to-be Siti Nurhaliza Rai Birthday ke-39

Tanggal 11 Januari lalu, genap usia 39 tahun penyanyi tersohor dan kesayangan ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Taruddin. Hari jadi tahun ini memang sangat bermakna buat penyanyi cantik ini sebab Mac nanti Siti bakal menimang […]

Hiburan Fri, 22 Sep 2023
Hiburan Fri, 26 Jan 2018

陶晶莹素颜照让网友看傻了!

最近有网友滑手机时,看到一张单眼皮正妹照讨拍文,想放大细看,惊觉原来照片中的,是陶晶莹本人!陶子这张照片在脸书PO出后,因小女人样十足,即使素颜看上去也如高中生般清纯可爱,和平日女强人形象落差太大,让众人看傻了眼。