Hiburan By: Padin October 1, 2022 @ 3:58pm

Fit For Action: Bermula Sebagai ‘Ratu Cantik’, Lenny Mahu Serius Dalam Lakonan

Peserta Fit For Action, Lenny Jemat yang berasal dari Bumi Kenyalang tak kisah menambah ilmu walaupun sudah ada tapak di dalam bidang modelling.

Lenny mula berkecimpung dalam bidang modelling sejak tahun 2018 sehingga kini. Lenny juga telah memenangi pertandingan ratu cantik Miss Borneo 2020 dan Miss Perfection 2020 di Bulgaria.

Kini, Lenny mengambil angin baharu dengan bergelar salah seorang peserta dalam program realiti Fit For Action.

“Saya menyertai Fit For Action kerana ingin mempelajari teknik-teknik lakonan daripada pengarah yang terhebat dan terkenal iaitu Datuk Yusof Haslam, Aziz M. Osman, Heykal Hanifah dan Ellie Suriaty,” kongsi Lenny.

Walaupun modeling menjadi pilihan utamanya dan masih lagi aktif dalam acara-acara yang memerlukan modelling, dia merasakan dengan mengembangkan bakatnya di dalam lakonan boleh memberikan kelebihan yang besar kepada kerjayanya.

Menceburi bidang lakonan tidak akan terlepas dari kontroversi. Bila ditanya jika terpalit dengan kontroversi apakah tindakan yang akan diambil?

Lenny yang pernah menghadapi situasi berat dalam hidupnya menyarankan agar kita perlu membuat persediaan dari segi mental untuk menghadapi apa-apa kontroversi yang mendatang. Katanya, “kena pandai handle dan manage, kita jangan cepat melatah.”

Bagi Lenny, bakat adalah penting dan menjadi asas untuk kita mencuba apa-apapun.

“Bila sudah ada bakat, ia boleh diasah untuk menjadi yang lebih baik. Bila sudah dibuat dengan baik dan bermutu barulah orang akan mengambil perhatian, orang boleh kenal, orang boleh puji atau komen dan menghargai lakonan kita dan nama kita boleh naik.

“Cara ini tak perlu ada followers dalam media sosial untuk memulakan karier kita dan ia lebih terjamin dari hanya bergantung pada followers untuk menaikkan nama kita,” ujar Lenny.

Jangan terlepas untuk menonton Fit For Action, pada setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam dan gunakan pagar #FitForActionTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

Fit For Action ialah program pertandingan realiti baharu TV3 yang berkonsepkan cabar lakon- layar dan fizikal antara 12 peserta dalam mencari pelapis pelakon lelaki dan pelakon wanita yang dinilai melalui ketahanan ujian fizikal dan mental juga penghayatan watak serta penghafalan skrip.

Fit For Action berjaya dihasilkan dengan kerjasama Motion Content Group. Gunakan tanda pagar #FitForActionTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial. Untuk mendapatkan info terkini tentang program TV3 layari laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Jun 2022
Hiburan Thu, 15 Jun 2023

Terimbau Segala Kesalahan Ketika Berlakon Kisah Keluarga, Aliff Aziz Mesej Ibu Minta Maaf – “Doa For Me Umi”

Setiap orang ada kekhilafan sendiri 😊 Bagus Aliff dah sedar segalanya ❤️

Cahaya Mata Wed, 7 Jun 2023
Featured Wed, 9 Aug 2023
Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Hiburan Fri, 1 Apr 2022

#HelloPadin: Sambut Ketibaan Ramadan Dengan Seikhlas Hati

Sambut Ramadan dengan Seikhlas Hati!

Featured Tue, 20 Sep 2022

Kecomelan Wajah Anak Dipuji, Netizen Minta Elfira Loy Hamil Lagi

Manisnya senyuman Baby Aria niii 🥰 Mummy Daddy dia pun cantik & segak kann heheee

Trending Wed, 15 Aug 2018

Kes Obesiti Makin Serius, Pemimpin Dicabar Kurus Dalam Masa Setahun

Wabak obesiti’ di wilayah itu didakwa berpunca daripada makanan import yang diproses selain daging berlemak.

Featured Tue, 26 Apr 2022

Iman Troye Dedah Teman Lelaki? Peminat Lelaki Patah Hati

Peminat lelaki patah hati dapat tahu Iman Troye sudah berpunya.