Fizz Fairuz Harap Kali Ini Isteri Hamil Anak Lelaki

Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian, Anugerah Skrin (ASK) 2019, Datuk Fizz Fairuz, tidak dapat menahan rasa teruja apabila memaklumkan bahawa dia dan isterinya, Almy Nadia bakal menimang cahaya mata keempat pada tahun 2020.

Baca: Fizz Fairuz Lebih Minat Watak Antagonis?

Walaupun usia kandungan baru mencecah sembilan minggu, Fizz berkata dia berkongsi berita gembira itu sebagai tanda syukur atas kurniaan Allah kepadanya dah keluarga. 

“Alhamdulillah, Allah memberikan rezeki untuk saya dan isteri menambah bilangan ahli keluarga.  Biarpun usia kandungan isteri masih terlalu awal, kami sangat menghargai kurniaan Allah ini.
“Jadi, saya sedia berkongsi dengan umum, terutama peminat yang sentiasa menyokong dan mendoakan kebahagiaan keluarga kami,” kata Fizz kepada BH Online.

Fizz turut berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya dengan memuat naik foto imbasan kandungan isterinya untuk tatapan umum. 

“Hadiah tahun baru…hehehe penutup 2019…Amin rezeki Allah…Kasih sayang untuk anak-anak tetap sama takde setitik pun kurang…” tulis Fizz sebagai kapsyen. 

Rata-rata pengikut Fizz dan rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan mendoakan agar Almy dan kandungannya diberikan kesihatan. 

Terdahulu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna (4), Nur Afrina Aurora (3), Nur Afrina Ayra (1) dan selain itu mereka juga mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah (10).

Oleh itu, Fizz berharap kali ini zuriat yang dikandungkan Almy kali ini adalah bayi lelaki pula.

Walau bagaimanapun, dia enggan meletak harapan yang tinggi dan menerima sahaja jantina zuriat yang ditetapkan Allah asalkan ibu dan anak sihat.

“Memandangkan saya sudah ada tiga anak perempuan, tentu seronok jika zuriat yang bakal dilahirkan nanti lelaki. 

“Apapun, saya tidak kisah sama ada dikurniakan anak lelaki atau perempuan.  Asalkan kedua-dua ibu dan anak sihat, ia sudah cukup membuatkan saya gembira,” kata Fizz lagi. 

Sekadar info, Fizz dan Almy atau nama penuhnya Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014. 

Kredit Foto: Instagram @fizzfairuzofficial

Del14