Fynn Jamal Hadir Perbicaraan #JusticeForBella – “Peguam Cuba Buktikan Saksi Tak Boleh…”

Setiap hari berita dan maklumat terkini mengenai kes penderaan remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella dan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali menjadi perhatian wargamaya.

Turut terkesan dengan nasib Bella, usahawan dan bekas penyanyi Fynn Jamal yang hadir ke mahkamah bagi mendengar sendiri keadaan semasa sesi perbicaraan berlangsung.

Fynn meluahkan pandangan mengenai perbicaraan berkenaan yang dikatakan pelik berbanding dengan kes-kes jenayah melampau sebelum ini.

Dalam pada itu, Fynn mempertikaikan bagaimana tertuduh mampu untuk membayar khidmat peguam sebanyak 10 orang sedangkan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Berkongsi pandangan peribadi semasa mendengar sidang tersebut, pelantun lagu Arjuna Beta itu berpendapat pembelaan untuk Bella dikatakan mustahil untuk ditegakkan.

Tidak habis disitu, peguam Siti Bainun turut meminta saksi, Yasmin yang dipercayai pelajar tingkatan dua untuk mencari perkataan dalam laporan kesihatan yang sepenuhnya ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Dalam pada itu, Fynn menyeru orang ramai untuk sama-sama mengambil perhatian terhadap kes adik Bella, meskipun perit untuk dilalui.

Aqilah Paharuzi