“Saya Muak Dan Bosan Dengan Pengecut Ini!’- Che Puan Khaleeda Tampil Pertahan #JusticeForBella

Umum sedia maklum bahawa kes perbicaraan melibatkan kanak-kanak istimewa berusia 13 tahun, Bella semakin mendapat liputan media mahupun perhatian masyarakat.

Sehingga ke hari ini juga, pelbagai bukti baharu berkenan penderaan tersebut terbongkar apabila saksi tampil memberi kenyataan berhubung kejadian tersebut.

Tindakan barisan peguam yang mewakili Orang Kena Tuduh (OKT), Siti Bainun yang memuat naik hantaran foto dalam keadaan gembira beserta simbol ‘mini love’ ternyata mengundang rasa kecewa dan marah dalam kalangan netizen, apatah lagi bila memikirkan kembali luka yang ada pada badan anak Syndrome Down itu.

“Saya muak dengan pengecut ini yang hanya tahu mahu melepaskan diri…”

Justeru itu, isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Khaleeda Bustamam tampil mempertahankan #JusticeForBella apabila beliau sendiri berkongsi pendapatnya menerusi hantaran yang dibuat di ruangan Instagram Story miliknya.

Tegasnya, beliau akan lakukan yang terbaik dan menggunakan segala kuasa yang ada untuk mempertahankan dan menuntut keadilan buat Bella.

Terdahulu, Siti Bainun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengabaikan, menganiaya dan mencederakan Bella.

Salma Syahbuddin