#JusticeForBella: Peguam Siti Bainun Jawab Isu Foto Dianggap Tidak Beretika – “Tak Jadi Kesalahan Bila Bergambar Dengan Anak Guam..”

Baru-baru ini, tindakan salah seorang peguam mewakili pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memuat naik sebuah ciapan mengenai cross examination kes penderaan Bella mengejutkan netizen yang tertumpu pada sekeping foto.

Tinjauan di media sosial Twitter mendapati ramai dalam kalangan netizen mempersolkan tahap profesionalisme barisan peguam yang bergambar dengan Siti Bainun dalam foto tersebut sambil menunjukkan gaya ‘peace’ dan ‘mini love’.

Enggan mengeruhkan keadaan, peguam Nur Hafidzah Hassan tampil menjelaskan dakwaan segelintir netizen berhubung foto tersebut yang turut dilampirkan bersama ciapan transkrip cross examination daripada prosiding kes penderaan membabitkan Bainun dan Bella.

“Tak menjadi kesalahan apabila peguam mengambil gambar dengan anak guam. Tak ada masalah, malah kita tak terikat dengan etika yang mengatakan tidak boleh bergambar dengan OKT (orang kena tuduh).

“Ia adalah perkara yang tidak sepatutnya dijadikan isu,” katanya kepada mStar.

Di samping itu, peguam Hafidzah turut mengulas dakwaan segelintir netizen mengenai perkongsian ‘cross examination’ yang dikatakan tidak wajar untuk didedahkan di media sosial.

“Cross examination ni dibuat di mahkamah terbuka yang mana orang ramai boleh lihat. Tapi apa yang terjadi adalah, ia didedahkan separuh-separuh supaya nampak jahat sangat Siti Bainun ni.

“Sedangkan soalan-soalan balas yang ditanyakan tidak pula ditulis. Jadi saya ambil tanggungjawab ini dan semestinya saya sudah bertanyakan kebenaran mahkamah dari pasukan saya untuk berkongsi.

“Media boleh cakap apa yang berlaku semasa cross examination tu… Tapi (orang ramai) kena tahu ada banyak lagi soalan balas yang ada dan jawapan seterusnya,” jelasnya.

@leeyaaamylia

#justiceforbella #kamisempoi #slottoboss👀 #HaierAirPower #plugandplayit #fyp #fyp #masukberanda

♬ bunyi asal – 🐝Leeyaa – 🐝Leeyaa

Sementara itu, Hafidzah menafikan tidak menerima sebarang bayaran mengenai tuduhan yang mengatakan dia dibayar dengan sejumlah wang sehingga sanggup membela Siti Bainun.

“Saya bersetuju untuk membantu kes ini selepas meneliti dokumen yang ada. Malah kami barisan peguam yang membantu ini tidak menerima sebarang bayaran,” tambahnya lagi.

Artikel Berkaitan: #JusticeForBella: “Siap Buat Peace & Mini Love” – Foto Barisan Peguam Dengan Siti Bainun Dikecam Netizen

Aqilah Paharuzi