Gambar Fathia Latiff Buka Tudung Jadi Bualan

Pelakon Fathia Latiff mencetus perbualan netizen di media sosial apabila memuat naik sekeping gambar memaparkan dirinya tidak bertudung.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff memuat naik gambar tersebut dengan kapsyen “The star is still bright even in the dark”

Namun begitu, gambar berkenaan telah dipadam beberapa tempoh kemudian.

Rata-rata netizen hairan dengan tindakan pelakon Ariana Rose itu dan menyifatkan Fathia sengaja mencari publisiti di media sosial.

Sebelum ini, Fathia pernah bertindak melakukan hal yang sama dan dia juga memohon maaf atas kesilapannya.

Dalam pada itu, ada netizen menganggap Fathia kini berdepan masalah depresi dan memerlukan bantuan.

SGMS Faida