Gambar Justin Bieber Menangis Jadi Tanda Tanya

Alahai…baru saja bertunang, penyanyi popular Justin Bieber dah mula mengalirkan air mata di New York? Kenapa agaknya ni…

Gambar yang menunjukkan Bieber menangis terduduk di samping tunangnya, Hailey Baldwin mula tular di laman sosial!

Ini membuatkan para peminat tertanya-tanya…mereka bergaduh ke?

Menurut sumber, Justin menangis di hadapan tunangnya kerana dia dilaporkan terharu dan sedih ketika meluahkan perasaan cintanya terhadap Hailey.

“ Rasa cintanya berbeza berbanding apa yang dia rasakan terhadap bekas- bekas kekasihnya dahulu termasuklah Selena Gomez,” kata sumber ringkas.

Pasangan ini bertunang pada 7 Julai lalu selepas dikaitkan mempunyai hubungan sejak 2016. Putus sambung, hubungan mereka kembali serius pada Jun lalu. Mereka juga dikhabarkan bakal berkahwin dalam masa terdekat ini. 

SGMS Faida