Gaya Neelofa Di KLFW 2018 Dikritik Netizen?

Pada masa ini, acara pertunjukan fesyen tanah air, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) masih lagi berlangsung. Memang meriah sungguh! 

Ramai selebriti, tetamu kenamaan dan peminat yang datang memeriahkan ruang utama pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur sejak 8 Ogos lalu.

Antara selebriti yang menjadi model peragaan koleksi jenama terkenal adalah Syafiq Kyle ( Hackett London), Fazura (Mimpi Kita), Scha Al Yahya ( Roger Viviver) dan Neelofa dengan busana dari Maxmara.

Namun apa yang menarik perhatian, kemunculan Neelofa dengan busana rekaan Maxmara di pentas KLFW 2018 mengundang kritikan netizen di laman Instagram. 

Rata-rata daripada mereka berpendapat pakaian berkenaan membuatkan pengacara popular itu nampak rendah dan menampakkan bentuk tubuh ketara. Ada segelintir yang menegur Neelofa agar berhati-hati dalam berfesyen agar sesuai dengan statusnya sebagai wanita berhijab. Apa pula pendapat anda tentang baju Neelofa kali ini? 

Kami rasa Lofa tetap slay dalam rekaan Maxmara ini. Terpulanglah, selera masing-masing kan? 

SGMS Faida