Kenapa Sharifah Sakinah Bengang?

Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) merupakan pertunjukan fesyen terulung yang menampilkan busana daripada beberapa pereka fesyen tempatan. Dan kali ini KLFW (2018) sekali lagi kembali untuk tahun yang ke-6.

Dah namanya pun terulung, jadi acara ini pastinya akan dihadiri oleh tetamu jemputan di kalangan VIP dan selebriti, malah selebriti media sosial serta   fashionista popular turut dijemput untuk memeriahkan lagi acara ini yang masih berlangsung di Pavillion. 

Bagaimanapun, pelakon, pelawak dan pengacara, Sharifah Sakinah yang hadir pada majlis KLFW (2018), meluahkan rasa kecewanya terhadap individu yang agak dikenali ramai kerana begitu popular namun tidak menepati masa. Sakinah berkongsi cerita tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

“This is a rant post. So far, I’ve been attending KL Fashion Week for the past few years. It’s not that that long but long enough to see what’s unacceptable in the event’s scene.”

“Dear fashionista, VIP clients, social media influencers, any important players in the industry and all attendees PLEASE PLEAE PLEASE respect the value of time.

“Imagine the preparation behind this huge event annually. A lot of people put a lot of hard work for months by the event organizers, designer, models. So, please arrive on time (Respect other people’s time).

“Please enter the hall when being invited. (Tak payahlah lama2 borak2, gelak2, snap pics kat hall luar. Yes, we know you are the invitees). Please sit before the event starts. (Orang nak tengok baju model, bukan baju orang yang baru nak duduk). I know it’s a fashion show, but that doesn’t mean everyone is allowed to be fashionably late. Don’t take the theme to the heart sangat.” Luah selebriti itu

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat Sakinah.

Sumber: Instagram @sharifah_sakinah
Tidak salah apa yang diluahkan oleh Sakinah. Asalkan, jangan menyusahkan orang lain kerana salah sendiri. Okay?
Ditulis Oleh : Nik Nur Amira
Ad Ops