Gara-Gara ‘Not Our Level’, Zizan Tampil Beri Penjelasan

Penyanyi dan pelawak terkenal, Zizan Razak menafikan kenyataan ‘Not Our Level’ sebagai penghinaan terhadap kerjaya berkenaan.

Menerusi laman Instagram Zizan, dia menjelaskan ayat berkenaan tidak merujuk kepada pekerjaan sebaliknya sikap individu.

“ Yang saya sampaikan ialah perangai bodoh sombong. Jadi tak kisah apa bentuk pekerjaan pun, yang bodoh sombong dia bukan taraf saya termasuk juga rakan artis.

“ Dan kepada yang cuba memanipulasi kenyataan saya, terserah. Jumpa di akhirat kelak,” tulisnya di Instagram.

Ini susulan status Whatsapp perbualan dengan pelakon Linda Rafar berkaitan isu layanan buruk diterima di hospital, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Linda turut memohon maaf mewakili pihak Zizan yang mengaku silap selepas berkongsi perbualan berkenaan di Instagram.

SGMS Faida