Kalau Jadi Juara Mentor 7, Pasya Mahu Buka Studio

Disebut bakal menjuarai program Mentor 7 malam ini, protege kepada Aizat Amdan, Pasya menyifatkan penghargaan tersebut sebagai pemangkin untuk dirinya membuat persembahan terbaik.

Pasya atau nama sebenarnya Faizul Ashraf Fauzi memberitahu sekiranya dia berjaya membawa pulang gelaran juara malam nanti, dia memasang impian tersendiri. 

” Insya Allah, kalau menang…saya mahu membuka studio atau menghasilkan lagu yang berkualiti. Saya mahu lakukan sesuatu bukan sahaja berguna untuk diri sendiri tetapi memberikan sesuatu kepada masyarakat di luar sana,” katanya ketika ditemui di sesi latihan konsert final Mentor 7 di Sri Pentas 2, sebentar tadi.

Protege berusia 24 tahun ini turut memohon doa daripada pengikutnya agar persembahannya berjalan baik malam ini.

” Saya janji bawakan persembahan paling mantap sebentar lagi. Doakan agar kesihatan saya baik dan terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang penglibatan saya dalam program Mentor musim ketujuh ini,” akhirinya.

Pasya bakal membawakan dua buah lagu berlainan genre pada malam ini. Katanya ringkas, “Saya jadi jiwang sekejap malam ini,” Good Luck Pasya! 

SGMS Faida