Gara-Gara Solekan ‘Tebal’, Aksi Eyra Hazali & Suami Undang Tawa

Kecantikan pelakon Eyra Hazali atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali, 23, tak dapat dinafikan orang ramai.

Terkini, sebuah video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di TikTok oleh @yanasszz._ memaparkan aktres cantik itu menerima ciuman di dahi daripada suaminya, pemain bola sepak Haziq Nadzli.

Apa yang menarik perhatian adalah solekan Eyra yang sedikit tebal berbekas di bahagian bibir dan dagu Haziq membuatkan suasana bertukar gamat dengan tawa.

Eyra yang malu dengan situasi terbabit menggendong  anak lelakinya, Endra Haqimie bagi menutup wajah yang sudah bercapuk kerana solekan yang sudah tidak rata.

Menjengah ke ruagan komen, rata-rata wargamaya terhibur melihat aksi itu dan ada yang berseloroh mengatakan solekan Eyra begitu tebal.

“Itu kalau tepuk sikit, boleh jerebu Malaysia,” tulis netizen.

Sewaktu artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 3 juta tontonan dan lebih 145,000 tanda suka.Kecantikan pelakon Eyra Hazali atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali, 23, tak dapat dinafikan orang ramai.

Terkini, sebuah video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di TikTok oleh @yanasszz._ memaparkan aktres cantik itu menerima ciuman di dahi daripada suaminya, pemain bola sepak Haziq Nadzli.

Apa yang menarik perhatian adalah solekan Eyra yang sedikit tebal berbekas di bahagian bibir dan dagu Haziq membuatkan suasana bertukar gamat dengan tawa.

Eyra yang malu dengan situasi terbabit menggendong  anak lelakinya, Endra Haqimie bagi menutup wajah yang sudah bercapuk kerana solekan yang sudah tidak rata.

Menjengah ke ruagan komen, rata-rata wargamaya terhibur melihat aksi itu dan ada yang berseloroh mengatakan solekan Eyra begitu tebal.

“Itu kalau tepuk sikit, boleh jerebu Malaysia,” tulis netizen.

Sewaktu artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 3 juta tontonan dan lebih 145,000 tanda suka.

Halimey Zamal