[VIDEO] Cik B Manis Berhijab Ketika Berangkat Tunai Umrah, Tapi Lain Pula Yang Netizen Perasan – “Ahli Baru Ejen Ali Ke?”

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri tumpuan di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Vida memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia bersama anak perempuannya itu di lapangan terbang.

Manis berjubah dan bertudung, Vida dan keluarga akan mengerjakan ibadah Umrah.

Usahawan itu juga turut mendoakan agar perjalanan pergi dan balik selamat serta mendapat Umrah yang mabrur.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah penampilan Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang mengenakan kaca mata hitam.

Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap penampilan Cik B itu sehingga ada yang bersoloroh seperti watak dalam kartun Ejen Ali.

Dalam pada itu, rata-ratanya juga memuji penampilan manis Cik B itu serta mendoakan agar urusan Umrah dipermudahkan.

Khairil Khusyairi