Lesap RM60,000 Beli Tanah, Individu Dakwa Ditipu Datuk Red… Ibu Mangsa Terpaksa Keluar Duit KWSP Bayar Tunai

Baru-baru ini, heboh di media sosial mengenai suami penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red yang mencari pekerjaan demi melangsaikan hutang mencecah jutaan ringgit.

Terkini, seorang lelaki mendakwa telah menjadi mangsa penipuan Datuk Red berhubung pembelian tanah berharga RM60,000 di Hulu Langat, Selangor sekirar tahun 2015 hingga 2016.

Individu tersebut mendedahkan perkara berkenaan menerusi sebuah video tular di aplikasi TikTok.

Dedah individu berkenaan, ibunya sanggup mengekuarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membayar urusan pembelian tanah tersebut secara tunai.

“Apabila dengar namanya, teringat keluarga saya kena tipu dengan syarikat dia urusan beli tanah dekat Hulu Langat.

“Masa itu tanah tersebut berharga dalam lingkungan RM60,000.

“Mak saya keluarkan duit KWSP untuk bayar secara tunai dekat syarikatnya.

“Tak pasti ia jadi pada 2015 ke 2016 macam itu. Ini mengenai Datuk Red yang dulu bukan sekarang,” katanya lagi.

Sementara itu, individu itu turut mendakwa pihaknya cuba menyelesaikan isu berkenaan menerusi Adira namun pelantun lagu Takdir Tercipta ini melenting demi mempertahankan Datuk Red.

“Mengenai Datuk Red dan Adira ni, mungkin saya tak tahu nak salahkan Adira ke macam mana sebab kami pernah cuba nak selesaikan dengan Adira tapi dia melenting masa tu.

“Sebenarnya panjang cerita saya ini tapi bila tengok video viral Datuk Red saya menyirap sebab mak saya keluarkan duit KWSP siap jadi kes polis,” tuturnya lagi.

Dalam masa sama, individu terbabit menjelaskan dia bukan sengaja untuk menambah bara mengenai isu hutanh Datuk Red, namun hanya masih terkesan dengan insiden tersebut memandangkan ahli keluarnganya bukan dalam kalangan orang berada.

“Mungkin komen orang dekat Datuk Red sekarang yang baik-baik tapi buat kami orang biasa tak berduit, habis macam itu sahaja.

“Bayanhkan 200 orang bayar RM55,000 seorang. Korang darab sendiri,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan tiada pekerjaan tetap selepas diisytiharkan muflis sejak 2019 tahun lalu.

Sepanjang lima tahun tidak mempunyai pendapatan tetap itu, Datuk Red sudah berusaha pelbagai cara untuk melangsaikan hutang cecah jutaan ringgit, termasuk cuba menjadi pemandu e-hailing.

Lebih menyedihkan, Datuk Red yang tertekan dengan keadaan kewangannya kini mengakui pernah terdetik untuk menamatkan hidupnya.

Artikel Berkaitan:  5 Tahun Tiada Pendapatan Tetap & Ditanggung Adira Suhaimi… Datuk Red Cari Kerja Demi Langsai Hutang Cecah RM5 Juta – “Saya Muflis Sejak 2019”

Artikel Berkaitan: “Jual Tanah Sebab Nak Tolong Dia, Sampai Trauma Anak Aku” – Bantu Selesai Hutang, Datin Red Kesal Datuk Red Tak Hargai?

Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi & Madu Fail Cerai Serentak, Datuk Red Bertegas Pertahankan Kedua-Dua Rumah Tangga – “Kebetulan, Bukan Sepakat”

Artikel Berkaitan: Akui Tak Tinggal Sebumbung, Adira Suhaimi Tak Halang Datuk Red Jumpa Anak Anak …Tekad Mahu Bercerai

 

Aqilah Paharuzi