[VIDEO] Keluarkan Lagu Raya, Netizen Kata The Gadys Guna Autotune… Ada Juga Yang Puji Best

Kumpulan The Gadys mencuri perhatian ramai apabila muncul dengan lagu raya berjudul Cuti Raya.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), The Gadys yang dianggotai tiga gadis cantik terdiri daripada Ayunie Rizal, Aznie Azmi dan Thamiera Chan berkongsi sebuah video mereka menari dengan menggunakan lagu tersebut.

Anggun mengenakan baju kurung, kumpulan yang mencipta sensasi itu ternyata nampak yakin dan teruja mempromosikan lagu raya kedua mereka itu.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian The Gadys itu.

Rata-ratanya seolah mengkritik nyanyian The Gadys yang dikatakan pelik malah ada juga yang mendakwa mereka menggunakan ‘autotune’.

Namun, disebalik kritikan-kritikan yang dilemparkan, ada juga yang menyifatkan lagu Cuti Raya sangat menarik dan sedap didengari.

Malah, ada juga yang berharap The Gadys dapat menambah baik kualiti vokal mereka ketika menyanyi secara live.

Terdahulu, The Gadys menjadi bualan hangat apabila teruk dikecam gara-gara sumbang menyanyikan lagu berjudul Cintaku Sampai Ke Ethiopia secara siaran langsung di sebuah stesen televisyen (TV).

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nyanyian Sumbang, The Gadys Teruk Dikecam Netizen – “Dah Macam Nyanyi Kat Karaoke Jamban” 

ARTIKEL BERKAITAN: Berang Netizen Kritik Suara Sumbang Hingga Kaitkan Isu B*nuh Diri, Gaya Percakapan The Gadys Pula Dikritik ‘Kekwat’

Khairil Khusyairi