“Jangan Jatuh Dengan Trick Manusia” – Akui Terlalu Ikut Emosi, Datin Red Mohon Maaf Pertikai Datuk Red Tak Hargai Isu Jual Tanah

Madu kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau lebih mesra disapa Datin Red tampil memohon maaf secara terbuka gara-gara gagal mengawal emosi berkaitan perkongsiannya sebelum ini yang mempersoalkan Datuk red seakan tidak menghargai pengorbanannya.

Datin Red memuat naik permohonan maaf tersebut menerusi satu perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, semalam.

“Maaf saya manusia selalu melakukan kesilapan. Terlalu ikut emosi.

“Kita ada satu sahaja Tuhan, Allah swt. Jangan pernah sekali pun jatuh dengan apa pun trick manusia.

“Mana yang digelar manusia, tidak langsung boleh dibanding-bandingkan dengan Maha Esa.

“Serahkan bulat-bulat hidup kita dekat Allah swt,” katanya.

Sebelum ini, Datin Red didakwa meluahkan rasa kesal terhadap suaminya, Datuk Red yang seakan tidak menghargai jasa dan pengorbanannya telah menjual tanah demi membantu usahawan berkenaan untuk menyelesaikan hutang.

Tindakan Datin Red itu dipercayai akibat terkilan terhadap Datuk Red yang hanya menyebut tentang kebaikan Adira kepada media meskipun diirnya turut membantu suaminya itu ketika susah.

Sebelum ini, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan tiada pekerjaan tetap selepas diisytiharkan muflis sejak 2019 tahun lalu.

Sepanjang lima tahun tidak mempunyai pendapatan tetap itu, Datuk Red sudah berusaha pelbagai cara untuk melangsaikan hutang cecah jutaan ringgit, termasuk cuba menjadi pemandu e-hailing.

Lebih menyedihkan, Datuk Red yang tertekan dengan keadaan kewangannya kini mengakui pernah terdetik untuk menamatkan hidupnya.

Artikel Berkaitan: Lesap RM60,000 Beli Tanah, Individu Dakwa Ditipu Datuk Red… Ibu Mangsa Terpaksa Keluar Duit KWSP Bayar Tunai

Artikel Berkaitan: “Jual Tanah Sebab Nak Tolong Dia, Sampai Trauma Anak Aku” – Bantu Selesai Hutang, Datin Red Kesal Datuk Red Tak Hargai?

Artikel Berkaitan: “Jika Lelaki Nikahi Anakmu Berkelakuan Persismu, Ikhlas Kamu Serahkan?” – Datin Red Titip Nasihat Buat Para Suami, Minta Bertaubat & Mohon Maaf Pada Isteri

Artikel Berkaitan: “Saya Nekad Untuk Berpisah” – Datin Red Nafi Fail Cerai Sebab Suami Ada Masalah Kewangan

Aqilah Paharuzi