Gelagat Jebat Jayden Berzikir Celah Helmet Curi Perhatian, Netizen Doakan Jadi Anak Soleh

Aksi anak kepada aktor Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden yang sedang berzikir mencuri tumpuan warganet.

Baru-baru ini, video berdurasi 24 saat yang telah dikongsikan oleh Nabila di akaun TikTok miliknya memaparkan si cilik itu sedang berzikir sambil memakai topi.

Lebih mencuit hati apabila Jebat berzikir dengan laju sehingga ada segelintir netizen yang bergurau mahukan ‘subtittle’ pada video tersebut bagi memahami apa yang cuba disampaikan oleh si cilik itu.

Bukan itu sahaja, netizen turut mendoakan agar Jebat membesar menjadi anak yang soleh.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji gelagat si cilik itu kerana kelihatan sangat bijak dengan gelagatnya yang sering mengundang tawa netizen di media sosial.

Ruangan komen dibanjiri dengan titipan doa buat si cilik itu supaya menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 60,000 tontonan dan lebih 4,600 tanda suka.Gelagat Jebat Jayden Berzikir Celah Helmet Curi Perhatian, Netizen Doakan Jadi Anak Soleh

Aksi anak kepada aktor Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden yang sedang berzikir mencuri tumpuan warganet.

Baru-baru ini, video berdurasi 24 saat yang telah dikongsikan oleh Nabila di akaun TikTok miliknya memaparkan si cilik itu sedang berzikir sambil memakai topi.

Lebih mencuit hati apabila Jebat berzikir dengan laju sehingga ada segelintir netizen yang bergurau mahukan ‘subtittle’ pada video tersebut bagi memahami apa yang cuba disampaikan oleh si cilik itu.

Bukan itu sahaja, netizen turut mendoakan agar Jebat membesar menjadi anak yang soleh.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji gelagat si cilik itu kerana kelihatan sangat bijak dengan gelagatnya yang sering mengundang tawa netizen di media sosial.

Ruangan komen dibanjiri dengan titipan doa buat si cilik itu supaya menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 60,000 tontonan dan lebih 4,600 tanda suka.

Halimey Zamal