Kerap Terima Mesej Minta Pinjam Wang, Azhan Rani Dedah Perbualan Dengan Scammer – “Aku Jawab Terus Sentap”

Baru-baru ini, pelakon Azhan Rani berkongsi sebuah tangkap layar yang memaparkan perbualannya di Telegram dengan individu yang dikatakan tidak rapat dengannya meminta untuk pinjamkan sejumlah wang.

Menerusi hantaran di Instagramnya, dia memaklumkan bahawa sejak kebelakangan ini dia kerap menerima mesej diminta untuk pinjamkan wang namun hari ini dia berasa untuk menjawab mesej tersebut.

“Dalam sebulan du ani kerap nau number orang tak rapat tapi mesej aku kat Telegram. Skrip sama macam ini. Hari ini rajin pulak aku jawab, terus dia sentap tak reply dah,” tulisnya.

Namun, Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani, 46, dia peka dengan situasi sebegini kerana menonton drama Scammer lakonan sahabatnya.

“Sorry la cik scammer. Aku tengok drama scammer sahabat aku @beto_kusyairi & @zahiriladzim berlakon tu auto cerdik dah aku dengan mesej-mesej maca mini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Azhan turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan scammer kerana mereka tidak akan berputus asa untuk memperdaya menerusi kiriman mesej seperti yang dihadapinya.

“So korang pun hati-hati la ya. Scammer ni tak pernah kenal erti give up. Jangan layan kalau dapat message macam ni tapi kalau aku yang message takpe. Korang transfer banyak-banyak aku tak marah,” katanya berseloroh.

Meninjau di ruangan komen, ada segelintir warganet berkongsi yang mereka pernah berdepan dengan perkara yang sama malah ada yang terpedaya sehingga mengalami kerugian yang banyak.

Atiqah Johari