“Membesar Cepat, Mommy Tak Sabar Nak Bagi Adik” – Anzalna Nasir

Pelakon jelita, Anzalna Nasir atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir memuat naik foto anak keduanya, Mohammad Emirhan yang sudah mencecah usia lima bulan, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Anzalna secara berseloroh mendedahkan dia tidak sabar untuk menambah bilangan anak dan mahu memberikan anak lelakinya itu adik baharu.

“Happy 5 Months old Emirhan! Membesar cepat mommy tak sabar nak bagi adik! Hahahaha,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terpegun dengan kecomelan yang dimiliki oleh anak lelaki kedua pelakon itu.

Malah, ramai juga yang mengatakan wajah Emirhan itu mirip seperti ayahnya.

Bukan itu sahaja, warganet turut mendoakan agar hasrat Anzalna untuk menambah anak dikabulkan dan menyokong impian Anzalna ingin menambah ramai anak oleh kerana kecomelan anak-anaknya.

“Hensemnya, mama beranak banyak-banyak pun tak apa kalau macam ini.”

“Mommy bersalin tiap tahun pun ok, anak-anak semua comel.”

 

Sumber: Instagram Anzalna Nasir

Dharnieya Nur Amelsa