Dikecam Tak Ikut Cara Berpantang, Netizen Pertahankan Dr Amalina Bakri – “Dia Doktor! Dia Lebih Tahu Kesihatan…”

Pakar bedah terkenal, Dr. Amalina Che Bakri menerima kecaman segelintir netizen yang mengkritik tindakannya membawa anak, Arabella Mia bersiar-siar.

Menerusi perkongsian di Instagram, Amalina berkongsi beberapa foto dia dan suami membawa anaknya berjalan-jalan di London selepas empat hari dilahirkan.

 

Perkara terbabit mengundang rasa kurang senang netizen yang mengkritik Amalina kerana tidak mengikut proses berpantang yang menjadi kebiasaan orang Melayu.

 

Dalam pada itu, ada juga segelintir individu yang memuji tindakan Amalina yang sudah kuat untuk berjalan-jalan biarpun baru melalui proses melahirkan anak.

Mereka turut mempertahankan tindakan Amalina yang dikritik oleh segelintir netizen.

“Dia doktor! Dia lebih tahu tentang kesihatan diri dia. Sudah-sudahlah busy dok tanya pantang ke tak? Kita doa yang baik-baik sahaja,” tulis salah satu pengikutnya di ruangan komen.

“Powerlah doktor 4 hari bersalin, saya masih bengkak susu,” titip salah seorang pengikutnya di ruangan komen yang teruja melihat tindakan Amalina.

Sumber : Instagram Dr. Amalina Che Bakri

Halimey Zamal