Geram! Ini Luahan Serina Redzuawan Terhadap Bekas Suami

Susulan laporan Serina Redzuawan bakal dipenjara berikutan bekas suaminya memfailkan notis tunjuk sebab berhubung pelanggaran perintah persetujuan bersama, pelakon ini memuat naik status menerusi Instagramnya, sebentar tadi!

Ibu kepada dua cahaya mata ini nampaknya dah hilang sabar terhadap bekas suaminya, Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghaffar kerana membuat tuduhan Serina melanggar perintah mahkamah.

Serina turut menangkis dengan hujah bahawa anaknya tidak boleh tidur dengan Chef Wan  yang juga datuk mereka sebagai tidak logik.

“Di mana lojiknya seorang Atuk tak boleh tidur sebilik ngan cucu cucu dan mereka ni masih kecik.

“Lainlah kalau Isabella tu dan Anak Dara sunti umur dah belasan tahun. Lebih pelik perjanjian tu ikat My father bersama sedangkan Papa tak bersetuju apa apa,” katanya menerusi akaun instragram, serinaredzuawan hari ini.

Serina turut menempelak bekas suaminya yang bertindak melampau apabila mendakwa dia bersekedudukan dengan wanita sehingga ditangkap khalwat di rumah bersama-sama anak-anaknya.

“How about (Macam mana pula) Gavin yang dengan sendiri melanggar perintah mahkamah tidak berkelakuan dan hidup dengan cara bukan Islam.

“Bersekedudukan dan bermesra dengan wanita bukan isteri di depan anak-anak. Sehingga ditangkap khalwat! Sehingga dia dah malu dan takut, terus kahwin.

“Padahal dalam perintah mahkamah jelas dia kena jaga perilaku dan ikut cara Islam depan anak-anak. Takpelah Gavin kalau nak berpura-pura dan mempermainkan agama Islam Allah SWT maha berkuasa u (anda) akan diberi balasan setimpal oleh Allah SWT di dunia mahupun di Akhirat. KARMA PASTI ADA. Kebenaran pasti akan terungkai tidak lama lagi. Allahuakhbar!,” katanya.

 

SGMS Faida