Categories: Oh Lawa

Buat Si Gadis Manis Yang Stailo, 4 Gaya Moden Wanita Hijab Ini Pasti Kamu Suka

Berhijab bukan alasan untuk anda ketepikan penampilan yang kemas dan menarik. Meskipun berhijab, anda tidak terkecuali untuk sentiasa up-to-date dengan fesyen terbaru agar tidak ketinggalan.

Asal santun dan manisnya itu tetap dijaga kerana kebelakangan ini ramai pihak terutamanya netizen mempertikaikan cara gadis hijab berpakaian. Kononnya pakai saja tudung tetapi baju ketat sehingga mendedahkan bentuk tubuh yang tidak ada bezanya pun dengan mereka yang tidak berhijab. 

Mungkin empat look yang dikongsi ini boleh menjadi panduan anda untuk tampil bergaya tetapi masih sopan.

Look 1: Be Creative!

Kreativiti menggabungkan dua helai kemeja dalam satu pakaian adalah idea yang patut anda cuba! Kemeja yang bersaiz besar ini dibutangkan di atas kemeja yang bersaiz biasa. Helaian bawah pula adalah seluar denim straight cut. Adunan ini sesuai untuk acara santai di hujung minggu.

Look 2: Ranggi Hijabista

Skirt paras midi dengan corak tartan dipadankan dengan kardigan labuh dari tona yang sama. Untuk wanita yang tidak begitu tinggi kardigan labuh ini memberi ilusi lebih langsing dan tinggi kepada si pemakai. Gaya ini sesuai dipakai untuk bersantai dengan kawan pada hujung minggu.

Foto : Jelita

Look 3: Manis & Elegan

Helaian kot nipis ini adalah antara item wajib ada dalam almari setiap wanita. Jika tata gaya anda nampak kurang menarik, kot ini boleh menyelamatkan gaya anda. Amat penting memilih warna tudung yang bersesuaian agar tidak lari daripada tema suai padan anda. Seeloknya jika objektif untuk memberi fokus kepada baju, tudung hendaklah ‘neutral’. Tata gaya ini sesuai dipadankan dengan selendang berwarna ‘nude’ supaya ia tidak mengacau atau mencuri perhatian dari sudut lain.

Look 4: Jaluran Trend Masa Kini

Gaya ini tercipta melalui gabungan dua helaian dress. Lapisan bawah shirt dress labuh, manakala lapisan atas pula adalah dress ala pinafore. Walaupun ada tiga warna berbeza tetapi intensiti ketiga-tiga warna ini adalah sama. Bila kita melihatnya secara menyeluruh ia tidak timbul kejanggalan. Seperti tata gaya ketiga tadi, penampilan ini juga tampak versatil. Ia boleh dipakai ke pejabat atau keluar bersantai dengan kawan-kawan di hujung minggu.

Foto : Jelita

Sumber : Jelita

Yanie Baharom