GERENTI ‘PECAH PERUT’, DRAMA SUAMIKU MAT PIUN BUKAN KOMEDI SYOK SENDIRI

Kalau takde ujian, bukan kehidupan namanya! Dalam tawa pasti ada bahagia, begitu juga dengan perjalanan sebuah perkahwinan yang baru dibina. Watak yang diangkat daripada realiti sebenar pasangan yang baru berkahwin dapat ditonton bermula 23 Februari menerusi drama komedi, Suamiku Mat Piun!

Drama komedi yang disiarkan eksklusif di tonton ini mengisahkan Pojie dan Nieza yang berdepan dengan konflik rumah tangga bermula daripada kisah lampau. Pelbagai kejadian mencuit hati, juga diselang seli dengan drama air mata.

Agak-agaknya boleh ke Pojie dan Nieza melepasi semua dugaan yang menimpa mereka? Dapatkah Nieza menjalani kehidupan serba sederhana yang baru sahaja bermula?

Drama 19 episod ini disiarkan dua bulan lebih awal dari tayangan di televisyen menerusi slot di tonton ‘First’. Saksikan lakonan mantap oleh Sharifah Sakinah sebagai Nieza dan Along Cham sebagai Pojie.

Drama Suamiku Mat Piun turut menampilkan barisan pelakon Mark Adam, Mimi Lana dan Rania Humaira. Lakonan hebat yang pasti membuatkan korang tak kering gusi, jangan lupa tonton Suamiku Mat Piun okay!

Terus langgan pakej VIP tonton yang menawarkan pelbagai program menarik dengan pengalaman bebas iklan. Pelan langganan bermula serendah dari RM 3 setiap hari, RM 5 mingguan, RM 10 bulanan dan RM 96 setiap tahun! Yang penting, drama ini disiarkan dalam forat definisi tinggi (HD)… Enjoy watching!

SGMS Faida