Categories: TECHTech News

6 CARA KAWAL TELEFON PINTAR KANAK-KANAK

Dewasa ini kita sering melihat kanak-kanak dibiarkan oleh ibu bapa melayan video melalui telefon pintar.

Sepatutnya, anak-anak kecil khususnya yang berusia di bawah 12 tahun tidak digalakkan asyik menghadap telefon kerana kesannya buruk jika tidak dikawal.

Pun begitu, jika sukar untuk menghalang mereka daripada menggunakannya eloklah anda memastikan peranti pintar berkenaan dilengkapi aplikasi selamat untuk mereka.

Untuk kemudahan anda, ini antara 6 cara  yang boleh difikirkan  untuk mengawal telefon pintar kanak-kanak di bawah umur:

1. Google Family Link

Anda boleh memantau aktiviti anak-anak kerana melalui aplikasi ini mereka tidak boleh memalsukan umur pada akaun google mereka.

2, Aktifkan Parantal controls pada Playstore

Ini amat penting memandangkan melaluinya anda  mampu  menyekat sebarang  aplikasi yang berunsurkan keganasan ataupun lucah.

 Caranya sangat mudah, ikuti  langkah ini.

Play Store > pilih menu Settings > Parental Controls > klik On

3. Aktifkan Parantal controls pada Google Chrome

Fungsi yang sama seperti pada Playstore,  ia mampu menyekat anak anda daripada melayari laman sesawang yang tidak sesuai.

4. Family Library

Juga boleh diperoleh daripada Playstore,  ia bertujuan memantau apa sahaja aplikasi yang dimuat turun oleh anak anda.

5. Youtube Kids

Sebelum menyerah atau menghadiahkan telefon pintar pada anak-anak pastikan anda sudah membuang aplikasi Youtube asal yang ada pada peranti Android dan gantikannya dengan Youtube Kids.  Dengan itu anda tidak perlu risau lagi mengenai video apa yang  mereka tonton.

6. Find My Device

Ini juga paling  penting apabila anda mahu mengesan keberadaan peranti anak-anak yang hilang atau pun dicuri. Maklumlah, anak-anak kan selalu tinggalkan sahaja di mana-mana mereka suka pastu terlupa. Mereka juga mungkin tertipu dengan kemesraan orang luar yang bertujuan mencuri peranti tersebut. Jadi melalui aplikasi ini agak mudah untuk mengesan lokasi peranti berkenaan.

Tetapi yang penting, setiap  peranti itu  haruslah dilengkapi dengan data internet untuk memungkinkan ia berfungsi.

Semoga perkongsian yang diperoleh daripada sebuah portal tech ini bermanfaat.

 

SGMS Fas