Gigih Jual Biskut Walau Parut Belum Sembuh,  Shuhada Bikin Netizen Sebak

Reda dengan takdir yang melanda rumah tangganya bersama bekas suami yang juga pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Sukri akhirnya bangkit dengan perniagaan biskut di bawah jenamanya, Satu Tak Cukup.

Menerusi perkongsian live di Instagram, Shuhada dilihat sedang mempromosikan biskut Shelup Shelupnya sebelum disertai pelakon Mawar Rashid.

Malah, menerusi video berdurasi 47 saat itu, Mawar kelihatan mengambil peluang memberikan kata-kata semangat serta menawarkan diri untuk membantu ibu kepada dua cahaya mata itu untuk menjalankan perniagaan.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berasa sebak melihat keadaan Shuhada yang masih belum sembuh namun gigih mempromosikan perniagaan biskutnya demi kelangsungan hidup bersama anak-anak.

Bahkan, ada juga yang sempat menitipkan doa supaya perniagaannya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Terdahulu, konflik rumah tangga Shuhada dan bekas suami mendapat perhatian masyarakat selepas aktor itu mengambil tindakan menumbuk muka isterinya hingga terkoyak sehingga mengalami kecacatan kekal.

 

Salma Syahbuddin